Loading...

Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor

Loading...
Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor
link : Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor

Baca juga


Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor


KLANG - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mengukuhkan kedudukannya di Selangor apabila menang empat daripada tujuh cabang pada pemilihan fasa kedua kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berjaya memperoleh 4,978 undi menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli yang hanya memungut 4,385 undi. 

Kemenangan Ahli Parlimen Gombak itu diperolehi menerusi cabang Kuala Langat (1,170), Gombak (823), Petaling Jaya Utara (505) dan Petaling Jaya Selatan (442).

Dalam pada itu, Rafizi pula menang di cabang Klang dengan 1,084 undi, Puchong (786) dan Selayang (906).

Hari ini, fasa kedua pengundian diadakan di  tujuh cabang di negeri ini. 

Sementara itu,  Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang bertanding jawatan ketua cabang Gombak setelah penyandangnya, Mohamed Azmin memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu menang dengan 1,115 undi. 

Selain itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan ketua cabang Kuala Langat menang jawatan berkenaan dengan 1,481 undi. 

Pemilihan kali ini juga menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri kalah kepada Yew Boon Lye untuk jawatan Ketua Cabang Klang. 

Boon Lye mendapat 1,393 undi, manakala Azmizam hanya memperolehi 961 undi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan berkata, keputusan rasmi tujuh cabang dalam fasa kedua pemilihan di Selangor hanya akan dimuktamadkan setelah Peti Undi Ragu dibuka. #sumber


Demikianlah Artikel Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor

Sekianlah artikel Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/azmin-ali-menang-fasa-kedua-pemilihan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin Ali Menang Fasa Kedua Pemilihan PKR Negeri Selangor"

Catat Ulasan

Loading...