Loading...
Judul : Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya
link : Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya
Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya
KUALA LUMPUR - Pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya, Mohd. Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.
Walaupun mendahului di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, Mohd. Rafizi masih ketinggalan 1,186 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat semalam selepas anggota parti di Perlis dan tujuh lagi cabang di Selangor memilih kepimpinan PKR bagi tahun 2018 semalam.
Menurut laman web pemilihan keadilan 2018, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, memperoleh 38,228 undi manakala Mohd. Rafizi memperoleh 37,042 undi.
Jumlah undian ini termasuk keputusan muktamad di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, undi ragu di 16 cabang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis masih diproses dan keputusan masih belum dimuktamadkan. #sumber
Demikianlah Artikel Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya
Sekianlah artikel Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/azmin-dahului-rafizi-yakin-baki-empat.html
0 Response to "Azmin Dahului, Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya"
Catat Ulasan