Loading...
Judul : Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing !
link : Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing !
Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing !
KUANTAN - Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing yang videonya tular di laman sosial minggu lalu.
Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuannya tidak diterima memandangkan tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental.
"Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan di hospital.
"Mahkamah perlu mendapatkan laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes," katanya.
Nurunaim kemudiannya memerintah tertuduh dihantar Hospital Permai,Tampoi di Johor selama sebulan dan menetapkan 14 November depan untuk sebutan semula.
Tertuduh yang beralamat di Kampung Meranti Nenasi, Pekan dekat sini didakwa menendang dan memukul anjing itu pada pukul 9 pagi, 10 Oktober lalu di kawasan Syarikat Perkhidmatan Hung Thai Crane, Jalan Semambu-Jabor di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Hakimie Ali mewakili tertuduh manakala pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah. #sumber
Demikianlah Artikel Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing !
Sekianlah artikel Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/bapa-empat-anak-di-dakwa-gara-gara.html
0 Response to "Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara-Gara Tendang, Pukul Anjing !"
Catat Ulasan