Loading...
Judul : Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi
link : Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi
Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu tetap akan dirawat di hospital itu sehingga dia benar-benar sihat.
"Pihak JKM sendiri melawat bayi itu di hospital untuk melihat perkembangannya dan dia didapati dalam keadaan baik, tiada kecederaan di tubuh badannya. Bagaimanapun dia akan terus diletakkan di bawah pemantauan hospital sehingga disahkan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya, selepas dibenarkan keluar dari hospital nanti, Pegawai Pelindung akan memohon perintah mahkamah bagi menempatkan sementara bayi berkenaan di institusi kebajikan selain akan turut menguruskan pendaftaran sijil kelahirannya.
Dalam kejadian sekitar pukul 5.00 pagi semalam, orang awam menemui bayi lelaki ditinggalkan di dalam sebuah tandas wanita di Hentian Lanchang, Temerloh, dalam keadaan bogel dan penuh dengan najis. #sumber
Demikianlah Artikel Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi
Sekianlah artikel Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/bayi-yang-di-tinggalkan-di-hentian.html
0 Response to "Bayi Yang Di Tinggalkan Di Hentian Lanchang Kini Di Jaga Rapi"
Catat Ulasan