Loading...

Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !

Loading...
Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !
link : Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !

Baca juga


Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !


KUALA LUMPUR -  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan terdapat kegiatan 'melamar' Anggota Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghalang perjalanannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sekadar tafsiran media.

Menurut Anggota Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak mempunyai sebab bagi meragui perjanjian serta persefahaman antara pimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Terima kasihlah prihatin tentang perjalanan saya...tapi saya tidak fikir ini semua (konspirasi) berlaku. Ini semua bacaan dan tafsiran media...sesuatu yang besar bahawa konspirasi akan berulang daripada tahun 1998 itu hanya tafsiran media,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Media melaporkan ada dalam kalangan pemimpin UMNO hari ini menyifatkan dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin bahawa kira-kira 40 Anggota Parlimen parti itu akan menyertai parti Bersatu sebagai satu konspirasi untuk menyekat perjalanan politik Anwar.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan A Kadir.

Ditanya sama ada penyertaan Anggota Parlimen UMNO ke dalam Bersatu yang merupakan parti gabungan PH akan memberi kesan baik, ujar Anwar perkara itu perlu dinilai dan dibincangkan.

“Seperti mana yang disebut oleh Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), teliti dahulu dan bincang bersama,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !

Sekianlah artikel Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/cubaan-sekat-jadi-perdana-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cubaan "Sekat" Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media !"

Catat Ulasan

Loading...