Loading...

Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi

Loading...
Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi
link : Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi

Baca juga


Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi

Kamaruddin berkata, Dr Mahathir tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab menyelesaikan isu teksi kepada menteri pengangkutan yang mengamalkan budaya pemerintahan BN. (Gambar Bernama)
Budaya mengadakan rundingan dengan pertubuhan “penjilat” yang selama ini diamalkan dari zaman Barisan Nasional perlu dihentikan sekiranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tulus ingin menyelesaikan masalah teksi, kata Persatuan Gabungan Teksi Se-Malaysia.
Ketuanya, Kamaruddin Hussain berkata Dr Mahathir perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu kerana beliau merupakan individu bertanggungjawap melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri ke-6 sebelum ini.
“Pelbagai peraturan dikenakan kepada teksi demi keselamatan penumpang telah dipermudahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada zaman pemerintahan Najib dan kini ia diguna pakai sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan aktiviti kereta sapu berjaya menguburkan teksi.
“Jika perkara tersebut tidak dipandang serius oleh Dr Mahathir, percayalah kedua-dua ketetapan yang diumumkan oleh perdana menteri sama sekali tidak akan mampu menyelesaikan masalah dihadapi seluruh warga pemandu teksi.
“Satu mesyuarat rasmi perlu diadakan di antara Gabungan Teksi Se-Malaysia bersama Kementerian Pengangkutan dengan dipengerusikan Dr Mahathir sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Kekecohan itu berlaku sekitar 2 minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.
“Saya bukan hendak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” kata Dr Mahathir.
Kamaruddin berkata, kesilapan Dr Mahathir suatu ketika dahulu perlu diperbetulkan, bukan sekadar memberi jawapan seperti “saya pernah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet, tetapi sehingga kini tiada kemajuan langsung”.
“Saya berharap perdana menteri tidak melepaskan tanggungjawab menyelesaikan isu teksi atau menggadaikan nasib warga teksi kepada menteri pengangkutan yang mengamalkan budaya pemerintahan BN.
“Kami harap Dr Mahathir akan memberi perhatian khusus serta mempengerusikan mesyuarat di antara kami dan Kementerian Pengangkutan. Kami mempunyai banyak cadangan yang mampu membantu kerajaan menyelesaikan isu ini serta memacu industri teksi ke arah yang lebih baik,” katanya.
Dalam pertemuan itu Dr Mahathir mencadangkan 2 syarat ke atas perkhidmatan Grab iaitu menggunakan kenderaan yang diluluskan oleh kerajaan dan dikenakan cukai serta bayaran insurans yang sama seperti perkhidmatan teksi. - fmt


Demikianlah Artikel Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi

Sekianlah artikel Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/dr-m-perlu-hentikan-budaya-berunding.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi"

Catat Ulasan

Loading...