Loading...
Judul : Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat
link : Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat
Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat
PUCHONG - Tragedi menimpa enam anggota bomba apabila mereka mati lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana dekat sini hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 petang semasa kesemua yang merupakan anggota daripada unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman di lokasi kejadian.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berhubung kejadian lemas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada pukul 5.30 petang sebelum menghantar pasukan di lokasi kejadian.
Katanya, pasukan yang terlibat ialah anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, BBP Shah Alam dan BBP Perlabuhan Klang.
“Enam anggota berkenaan terlibat dalam operasi pencarian mangsa sebelum mereka turut lemas.
“Kesemua mereka berjaya dinaikkan ke permukaan dan diberikan bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan, namun mereka disahkan telah meninggal dunia,” kata jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Mayat kesemua anggota bomba yang lemas itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
“Empat yang lemas adalah dari PPDA Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omar Baki, 25, dan Yahya Ali, 24.
“Dua lagi mangsa dari PPDA Shah Alam iaitu Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dan Adnan Othman, 33,
Difahamkan, sehingga pukul 11 malam tadi, mangsa lelaki yang lemas masih belum ditemui. #sumber
Demikianlah Artikel Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat
Sekianlah artikel Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/enam-anggota-bomba-lemas-ketika-buat.html
0 Response to "Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Buat Operasi Menyelamat"
Catat Ulasan