Loading...

Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta

Loading...
Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta
link : Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta

Baca juga


Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan pecah amanah wang bernilai RM50.4 juta April lalu. 

Datuk Hasanah Ab. Hamid, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri didalam kapasiti tersebut yang diamanahkan wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta)  milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah terhadap wang itu.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Berikutan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya tertuduh dikenakan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memohon jaminan RM300,000 dengan sebab jumlah ikat jamin yang ditawarkan terlalu tinggi.

"Tertuduh berusia 61 tahun dan mengalami masalah lemah fizikal dan tidak dapat bergerak dengan baik. Selepas dilepaskan pada 3 September lalu oleh SPRM setelah keterangannya diambil, tertuduh tidak melarikan diri dan tetap berada di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Sedikit latar belakang, tertuduh juga merupakan bekas ketua pengarah risikan yang peranannya sama seperti cawangan khas dan tentera. Pada masa sama akaun banknya juga telah dibekukan oleh SPRM," katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Azman kemudian menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula kes.

Pada Ogos lalu, media melaporkan Hasanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penahanan itu dilakukan sehari selepas SPRM menahan timbalan ketua pengarah bahagian sama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga bergelar Datuk bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bahagian berkenaan bagi membantu siasatan kes yang sama.

Sumber memberitahu siasatan awal mendapati wanita itu bersama tujuh lagi pegawai kanan terbabit menyalahgunakan wang peruntukan itu bagi tujuan peribadi. #sumber


Demikianlah Artikel Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta

Sekianlah artikel Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/hasanah-mengaku-tidak-salah-pecah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hasanah Mengaku Tidak Salah Pecah Amanah Lebih RM50 Juta"

Catat Ulasan

Loading...