Loading...

Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya

Loading...
Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya
link : Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya

Baca juga


Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya


SEREMBAN - Seorang wanita ditemui mati dikelar pada leher di ruang tamu rumahnya di Taman Seremban Jaya, Fasa 10 di sini petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai K. Gunawathy, 39, yang bekerja secara sambilan membuat kek di rumah ditemui tertiarap berhampiran tangga oleh anaknya pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Kakak kandung mangsa, K. Chandran Vathani, 43, berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah jiran, kelihatan seorang lelaki memberhentikan motosikal jenis Honda Wave lalu masuk ke rumah mangsa.

"Saya difahamkan berlaku pergelutan di dalam rumah. Lelaki terbabit tergamak mengelar leher adik saya menggunakan pisau sehingga mati.

"Lelaki terbabit turut melarikan seunit telefon bimbit dan sebuah beg dipercayai mengandungi wang tunai RM500," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, abang kandung mangsa, K. Deva, 42, berkata, ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di sebuah kilang di Senawang, manakala tiga anak lelaki mereka berusia 14, 13 dan 9 tahun berada di sekolah.

Ceritanya lagi, sebelum kejadian, isterinya bersama Chandran dan mangsa bersarapan pagi di sebuah restoran di bandar Seremban. Ketika itu, Chandran memberi RM500 kepada mangsa dan dia memasukkan wang tersebut ke dalam beg yang dilarikan penjenayah.

Tambahnya, pihak polis yang tiba di lokasi kemudian menghantar mayat Gunawathy ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian samun dan bunuh itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya

Sekianlah artikel Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/ibu-tiga-anak-ditemui-mati-dikelar-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Tiga Anak Ditemui Mati Dikelar Di Rumah Di Seremban Jaya"

Catat Ulasan

Loading...