Loading...
Judul : Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti
link : Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti
Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti
KUALA KANGSAR - Identiti lima mangsa yang maut selepas rentung dalam kemalangan tragis di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini Sabtu lalu telah dikenal pasti.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua identiti mangsa diperolehi melalui keputusan ujian asid deosiribonukleik (DNA) dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor semalam.
"Hasil ujian padanan DNA daripada mangsa dan waris, polis berjaya mengenalpasti identiti kelima-lima mangsa iaitu pemandu wanita kereta jenis Kia Forte dikenal Yew Poi Shy, 37, dan anak lelakinya, Yew Yi Chen, 1.
"Tiga lagi mangsa lain ialah seorang lelaki yang merupakan penumpang hadapan, Teo Wee Tatt, 46, serta dua penumpang wanita yang duduk di belakang, Shaw Swee Me, 42, dan Lee Len Ying, 60," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Tambah Ahmad Adnan, laporan spesimen darah dan ujian air kencing terhadap pemandu treler berusia 41 tahun pula, polis mendapati ia mengandungi amphetamine, methamphetamine, diphenhydramine dan chlorpheniramine.
"Lelaki tersebut akan dituduh esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain," katanya.
Kosmo! Online pada Sabtu lalu melaporkan, lima individu termasuk seorang bayi ditemui rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan treler yang membawa muatan bijih besi di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di sini.
Dalam kejadian pada pukul 11.47 pagi itu, kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam nahas tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti
Sekianlah artikel Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/identiti-lima-mangsa-rentung-terowong.html
0 Response to "Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti"
Catat Ulasan