Loading...

Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !

Loading...
Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !
link : Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !

Baca juga


Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !


PETALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri hari ini mengajak rakyat untuk bersama mengecam beberapa ahli persatuan pemandu teksi yang keluar majlis dan berteriak kerana tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkhidmatan perkongsian kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan tindakan mereka sebagai “kurang ajar”.

“Budi pekerti macam itu kita kutuk, tak semestinya berkaitan dengan teksi ke apa,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kejadian di majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama persatuan teksi di Langkawi hari ini yang kecoh apabila kira-kira 10 pemandu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar dari majlis semasa Dr Mahathir sedang bercakap.

Perdana menteri ketika itu berkata dia akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada perkhidmatan perkongsian kenderaan.

Selepas kekecohan 2 minit itu dan situasi kembali reda, Dr Mahathir berkata dia akan cuba membantu memulihkan pendapatan pemandu teksi.

Perdana Menteri juga kecewa dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya.

“Dr Mahathir telah memberi banyak sumbangan serta mengambil berat tentang Langkawi,” kata Kamarudin.

Timbalan menteri mengagak Dr Mahathir “terasa hati” dengan sikap pemandu terbabit, menyebabkan dia berkata sanggup meletak jawatan.

“Itu komen peribadi agaknya sebab berlaku di Langkawi,” katanya.

Kamarudin dalam masa sama berkata kerajaan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan.

“Tak ada, dasar kementerian ialah pengangkutan teksi, Grab sama. Lesen, insurans, keperluan kereta sama,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !

Sekianlah artikel Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/kamaruddin-ajak-rakyat-kecam-pemandu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kamaruddin Ajak Rakyat Kecam Pemandu Teksi ‘Kurang Ajar’ !"

Catat Ulasan

Loading...