Loading...

Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson

Loading...
Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson
link : Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson

Baca juga


Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson

POLITIK | Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed akan untuk turun berkempen bagi Anwar Ibrahim di Port Dickson.

Anwar Ibrahim
Tun Mahathir & Anwar - Gambar Kosmo
Katanya, beliau perlu berada di Port Dickson bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya berpendapat ada ramai orang membuat pelbagai teguran terhadap saya, jadi saya akan ke sana (Port Dickson)," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya beliau tidak menyokong Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata beliau kebiasaannya tidak turun berkempen pada pilihan raya kecil (PRK).

Anwar dalam respon segeranya berkata gembira dengan kenyataan Mahathir itu.

Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) berkata kesudian Dr Mahathir itu adalah satu petanda baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk seluruh rakyat Port Dickson.

“Ia penting sebab Dr Mahathir ini sebagai perdana menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia tidak pergi berkempen pilihan raya kecil.

“Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),”
katanya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Port Dickson hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini yang terdiri daripada 43% pengundi Melayu, Cina (33%), India (22%) dan lain-lain kaum (2%). - 5 Oktober 2018.


Sumber : Friscomedia


Demikianlah Artikel Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson

Sekianlah artikel Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/kerana-dituduh-macam-macam-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerana Dituduh Macam-Macam, Mahathir Akhirnya Turun Berkempen Di Port Dickson"

Catat Ulasan

Loading...