Loading...

Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !

Loading...
Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !
link : Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !

Baca juga


Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !


PETALING JAYA - Kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu akan digali semula Isnin depan.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes tersebut di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

"Mahkaman telah mengeluarkan perintah untuk mengali semula bagi tujuan bedah siasat kali kedua yang akan dilaksanakan pada Isnin depan," katanya.

Fadzil memberitahu, pihak polis telah menerima laporan dibuat oleh abang Nazrin yang tidak berpuas hati atas laporan bedah siasat dikeluarkan pihak patologi Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak polis menerima laporan itu pada 24 September lalu. Ekoran daripada laporan berkenaan, pihak polis telah berbincang dengan Pengarah Pendakwaan Negeri untuk menjalankan prosedur dibawah Seksyen 336 Kanun Tatacara Jenayah iaitu untuk mengalikan dan mengadakan bedah siasat mayat kali kedua," katanya.

Terdahulu, beberapa ahli keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Bagaimanapun, pihak media tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pengawai penyiasat bagi mengetahui maklumat lanjut behubung kes berkenaan.

Pada 4 September lalu, isteri kepada Nazrin, Samirah Muzaffar, 43, dan bekas suaminya, Nizam Mydin Bacha Mydiin, 43, ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sementara itu, pada 9 September lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat di Mutiara Damansara dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Bagaimanapun, isteri dan empat anak mangsa yang berada di tingkat bawah sempat menyelamatkan diri.  #sumber


Demikianlah Artikel Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !

Sekianlah artikel Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/kubur-jenazah-ceo-cradle-fund-di-gali.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kubur Jenazah CEO Cradle Fund Di Gali Semula Isnin Depan !"

Catat Ulasan

Loading...