Loading...
Judul : Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura !
link : Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura !
Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura !
SINGAPURA - Mohamad Sabu atau Mat Sabu 'dikepung' lagi di Singapura. Kali ini di Restoran Al Jasra, Changi Rd.
Kejadian berlaku ketika Menteri Pertahanan itu singgah di restoran itu semalam selepas temu bual bersama Bernama di Changi Naval Base sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Mat Sabu berada di sini selama tiga hari sejak 18 Oktober dalam rangka lawatan pengenalan diri ke republik ini.
Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari hingga 20 Oktober.
Menteri itu pernah 'dikepung' pada Jun lalu di Singapura ketika singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat.
Beliau turut 'dikepung' oleh pekerja-pekerja hotel termasuk Chef tempat beliau menginap ketika di republik itu.
Semalam, beliau tidak 'dilepaskan' sekali lagi untuk beberapa ketika oleh orang awam.
Ia memberi sedikit tekanan dan kegelisahan di wajah pegawai pengiring Singapura yang bertugas menjaga keselamatannya.
Rata-rata pengunjung di restoran itu mengenali Mat Sabu dan 'mengepung' beliau bertujuan hanya untuk berswafoto bersama seorang daripada pemimpin utama Pakatan Harapan itu.
Mat Sabu seperti biasa tidak menolak dan bersalaman bersama orang awam yang menyapanya. #sumber
Demikianlah Artikel Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura !
Sekianlah artikel Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/menteri-pertahanan-mat-sabu-di-kepung.html
0 Response to "Menteri Pertahanan Mat Sabu 'Di Kepung' Lagi Di Singapura !"
Catat Ulasan