Loading...
Judul : Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi
link : Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi
Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi
KUANTAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tidak mempunyai kuasa mengarahkan pegawai penguatkuasa agama menghentikan operasi khalwat atau aktiviti menyalahi ajaran Islam di premis persendirian seperti rumah.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata ini kerana kuasa sedemikian adalah terletak di bawah majlis agama di negeri masing-masing contohnya di Pahang ia membabitkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
“Beliau sebenarnya hanya menteri yang menjaga hal ehwal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), hal-hal agama seperti penguatkuasaan terletak di bawah negeri.
Lagipun sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk mencegah kemungkaran dan mengalakkan kepada kebaikan...ia disebut dalam al Quran dan perlu diakui perkara ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mujahid dalam temubual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, ada pihak cuba memberi persepsi negatif berhubung serbuan yang dilakukan pihak penguatkuasa agama sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat.
“Sebenarnya pegawai penguatkuasa tidak boleh secara sewenang-wenangnya membuat serbuan atau operasi di rumah persendirian...hanya selepas menerima aduan baharu mereka boleh bertindak.
“Mereka hanya bertanggungjawab untuk bertindak atas aduan dibuat penduduk lain, tetapi ada pihak menggambarkan keadaan sebaliknya,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi
Sekianlah artikel Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/mujahid-tiada-kuasa-arah-pegawai.html

0 Response to "Mujahid Tiada Kuasa Arah Pegawai Penguatkuasa Henti Operasi"
Catat Ulasan