Loading...

Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !

Loading...
Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !
link : Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !

Baca juga


Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas Pemuda UMNO kerana menyeru presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti, tindakan yang diumpamakan seperti makan sesama sendiri.

Beliau menggesa Pemuda mencontohi Pakatan Harapan yang terus setia kepada pemimpin walaupun berdepan pendakwaan di mahkamah.

“Saya tidak faham Pemuda UMNO ini. Apabila presiden kena dakwa cepat sangat, macam cannibalism, makan sesama sendiri.

“Tengok macam kes Lim Guan Eng walaupun didakwa dan hadapi perbicaraan, ahli parti tidak suruh letak jawatan atau berehat.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk penjara masih ketua umum. Inilah kesetiaan. Apa sekalipun berlaku mereka tetap setia,” katanya pada pemberita di Parlimen.

Nazri berkata Zahid tidak perlu berehat atau meletak jawatan kerana dia tidak memegang apa-apa jawatan penjawat awam.

Beliau seterusnya menerangkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil Pemuda UMNO.

“Dia pegang jawatan yang dipilih perwakilan. Jadi kalau nak suruh dia ‘turun’, patut dapatkan pandangan akar,” katanya.

“Mungkin perlu dimulakan usul peringkat bahagian. Usul minta dia berehat. Setakat mendesak jadi tidak ada apalah,” katanya.

Beliau juga menegaskan sayap UMNO mempunyai hak bersuara dan pandangan mereka perlu diraikan.

Pemuda UMNO sebelum ini berkata Zahid perlu bercuti sementara menunggu keputusan perbicaraan rasuahnya.

Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata bercuti akan membolehkan Zahid tumpu kepada perbicaraan rasuah akan datang. #sumber


Demikianlah Artikel Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !

Sekianlah artikel Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/nazri-aziz-bidas-pemuda-umno-cuba-makan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nazri Aziz Bidas Pemuda UMNO Cuba Makan Sesama Sendiri !"

Catat Ulasan

Loading...