Loading...
Judul : Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui !
link : Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui !
Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui !
JAKARTA – Operasi mengesan bangkai pesawat Lion Air JT610 diteruskan setakat petang semalam dengan pasukan penyelam mencari mayat mangsa nahas kapal terbang itu.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, seramai 35 penyelam melakukan pencarian di perairan Tanjung Karawang, lokasi kapal itu terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 selepas pesawat itu berlepas pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan kelmarin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
“Kedalaman perairan itu hanya 35 meter. Kami mengharapkan dapat menemui bangkai pesawat itu dengan segera,” katanya.
Operasi pencarian itu turut melibatkan pasukan tentera, polis dan Basarnas yang menggunakan 19 kapal dan tiga buah helikopter.
Menurut laporan media Indonesia, permukaan berlumpur di perairan itu menyukarkan proses pencarian bangkai pesawat berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pusat Kedoktoran Kesihatan Polis Indonesia (Polri), Briged Jeneral Dr. Arthur Tamp menjelaskan mayat penumpang yang ditemui setakat ini semuanya berada dalam keadaan tidak sempurna.
“Bukannya 24 jenazah, mungkin lebih dari itu, yang dihantar ke hospital adalah 24 kantung (bungkusan) jenazah (berisi anggota-anggota badan). Jenazah yang ditemui tidak sempurna,” katanya.
Beliau berkata, pihak berkuasa setakat ini telah mendapatkan 80 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anggota keluarga penumpang.
“Setakat 1 petang hari ini (semalam) belum dapat dikenal pasti jenazah terbabit. Kami akan lakukan secepat mungkin. Jenazah akan diserahkan kepada keluarga mangsa selepas dikenal pasti menerusi ujian DNA,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui !
Sekianlah artikel Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/operasi-mengesan-lion-air-hanya-cebisan.html
0 Response to "Operasi Mengesan Lion AIr, Hanya Cebisan Mayat Di Temui !"
Catat Ulasan