Loading...

Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !

Loading...
Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !
link : Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !

Baca juga


Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !


PEKAN - Pahang akan tetap meneruskan pencegahan maksiat tanpa mengambil peduli kenyataan daripada Menteri di Jabatan Menteri, Mujahid Yusof Rawa.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, serbuan akan dilaksanakan tetapi perlu mengikut Prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Pahang.

“Serbuan masih akan diteruskan tetapi perlu ikut undang-undang yang dilaksanakan seperti mendapatkan kelulusan dahulu daripada pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“SOP itu perlu dilakukan dan kalau ingin buat serbuan perlu ada aduan terlebih dahulu seterusnya tidak melakukan secara melulu,” titahnya pada majlis perasmian bengkel catur bagi pelajar sekolah peringkat Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif The Star bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain menyalahi ajaran Islam yang memetik kenyataan Mujahid.

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk mufti yang antaranya bimbang usaha membanteras jenayah Islam tidak dapat dilakukan secara berkesan sekiranya operasi sedia ada dihentikan.

Mengulas lanjut, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bertitah di peringkat negeri khususnya Pahang akan meneliti bagi membendung perbuatan tersebut.

“Lebih berhemah (operasi) supaya kita dapat mengurangkan (khalwat dan aktiviti menyalahi ajaran Islam) dengan mengadakan program kesedaran lebih baik daripada tindakan undang-undang,” titahnya. #sumber



Demikianlah Artikel Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !

Sekianlah artikel Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/pahang-tetap-laksanakan-operasi-cegah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang Tetap 'Laksanakan' Operasi Cegah Maksiat Ikut SOP !"

Catat Ulasan

Loading...