Loading...

PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara

Loading...
PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara
link : PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara

Baca juga


PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) akan terus mengiatkan program kebajikan kemanusiaan dan soal selidik isu hal ehwal pekerja asing menjelang akhir tahun ini. Program akan bergerak ke mana-mana lokasi termasuk kawasan ladang, industri dan lokasi yang menempatkan ramai pekerja asing di negara ini.

Presidennya Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir (foto) berkata, PEKA ialah satu platform yang ditubuhkan atas semangat perpaduan sejagat bagi mengumpulkan tenaga dan suara sukarelawan untuk membantu melindungi kepentingan kebajikan kemanusiaan, mendokong apa pun usaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi kaum.


PEKA juga katanya menentang kolonial dalam semua bentuk, menyokong imigran muslim yang bekerja di Malaysia dalam usaha mempertahankan hak, maruah, keadilan, kebebasan budaya masyarakat dunia dan mengutuk keras tindakan menganiaya, mengabai dan menafikan prinsip kesetaraan dalam isu layanan sesama manusia ke arah kesejahteraan.


"Kami bertekad untuk berjuang dan komited membantu masyarakat antarabangsa yang berada di Malaysia dan luar negara dengan menyumbang derma. Selain itu kami juga berhasrat untuk mendidik semua pihak agar saling menghormati, mempercayai dan bantu membantu antara satu sama lain".

"Disamping itu juga kami berhasrat untuk mempromosikan agama Islam supaya diamalkan sebagai cara hidup, menghantar wakil ke luar negara untuk berkhidmat dan melahirkan lebih ramai aktivis dalam menjayakan misi-misi kemanusian yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia", kata beliau ketika ditemui pemberita disini.

Contoh borang pendaftaran peserta

Sementara itu katanya, program ini juga bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat bagi dimasukkan ke dalam satu laporan bertulis yang komprehensif. Kami juga mengemukakan borang soal selidik pengurusan majikan terhadap pekerja asing bagi mendapatkan maklum balas tentang isu kebajikan, keselamatan, kesihatan dan kemudahan tempat tinggal.

"Laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak majikan, kedutaaan asing dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Ia bagi membuat rumusan dan syor untuk melaksanakan prosedur usaha wajar (due diligence) terhadap entiti yang menggajikan pekerja asing supaya mencari inisiatif meningkatkan semangat pekerja serta produktiviti bagi menggelakkan mereka melarikan diri ke tempat lain hingga merugikan majikan itu sendiri", tambah beliau lagi.



Contoh borang soal selidik

"Laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak majikan, kedutaaan asing dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).  Ia bagi membuat rumusan dan syor untuk melaksanakan prosedur usaha wajar (due diligence) terhadap entiti yang menggajikan pekerja asing supaya mencari iniseatif meningkatkan semangat pekerja serta produktiviti bagi menggelakkan mereka melarikan diri ke tempat lain hingga merugikan majikan itu sendiri", tambah beliau lagi. 

Contoh kad peserta (depan)
Contoh kad peserta (belakang)

Selaras dengan itu katanya, kami turut menawarkan pekerja asing untuk mengambil bahagian sebagai peserta Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran PEKA.

"Setiap peserta akan memperolehi keistimewaan dan manfaat seperti kad ID peserta (perlu diperbaharui setiap tahun), kad MSIG Insuran (Malaysia) Bhd, khidmat guaman dan runding cara, bantuan perbelanjaan kebumi jenazah, perlindungan insuran kemalangan, kematian dan perubatan, pengurusan hantar pulang jenazah ke negara asal, bantuan pengurusan dokumentasi dan khidmat aduan", tambahnya.
Contoh polisi insuran MSIG

Justeru, pihak PEKA menyediakan borang dan mempelawa semua warga asing yang bekerja di negara ini untuk berdaftar dengan NGO terbabit. Mana-mana pihak (majikan ataju pekerja asing) yang ingin berkerjasama atau  mahukan sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi www.wasap.my/60123854400/INFOPEKA atau like page https://ift.tt/2yYHAae #PDO


Demikianlah Artikel PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara

Sekianlah artikel PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/peka-akan-giatkan-program-kebajikan_23.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PEKA Akan Giatkan Program Kebajikan Kemanusiaan Dan Soal Selidik Isu Hal Ehwal Pekerja Asing Ke Seluruh Negara"

Catat Ulasan

Loading...