Loading...

PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !

Loading...
PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !
link : PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !

Baca juga


PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !


KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) memperkenalkan ‘program kebajikan dan khidmat imigran' kepada warga asing di sekitar Lembang Klang, hari ini.

Presiden PEKA, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, warga asing yang berdaftar di bawah program ini akan diberikan kad peserta program kebajikan dan khidmat imigran PEKA yang mengandungi maklumat diri mereka.

"Ia (kad) tersebut dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti maklumat diri pemilik seperti nama, asal serta statusnya di negara ini.

“Kami akan membuka kaunter pendaftaran selama dua minggu di Pasar Borong Selayang dan meletakkan sasaran lebih 1,500 warga asing akan berdaftar memandangkan kad itu juga memberi banyak kemudahan kepada mereka dan keluarga.

Ini (program) merupakan inisiatif kami dalam membantu mereka dari ditipu ejen mahupun sindiket yang tidak berdaftar di negara ini yang menawarkan khidmat pengurusan dokumentasi tetapi memberikan yang palsu dan mengenakan caj yang mahal.

"Sepanjang tempoh pendaftaran berlangsung, setiap peserta berpeluang mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan pihak perubatan swasta yang turut berada di lokasi.

Zuhairi berkata, kad ini mempunyai fungsi yang dilengkapi dengan sistem Touch 'n Go untuk kemudahan sampingan berbelanja yang boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go.

"Selain itu katanya lagi, mereka turut mendapat banyak manfaat memiliki kad ini seperti dilindungi insuran apabila ditimpa kemalangan termasuk mendapat pampasan kematian.

"Setiap mereka turut disediakan bantuan khidmat guaman secara percuma sewaktu menghadapi masalah, urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke negara asal," katanya.

"Mereka juga akan diberikan kad prabayar VISA Merchantrade Money. Kad ini membolehkan mereka membuat pembayaran serta pengeluaran tunai di mesin pengeluaran automatik (ATM) di setiap bank yang menerima urusniaga /transaksi VISA di dalam dan luar negara selain perkhidmatan pengiriman wang di cawangan-cawangan Merchantrade dan ejen-ejen terpilih.

Dalam masa sama katanya, kami juga mengambil berat terhadap aspek meliputi bantuan pengurusan dokumentasi yang diperlukan mereka dari pihak kerajaan serta menerima aduan tentang masalah yang dihadapi mereka seperti tidak dibayar gaji, didera majikan atau dipaksa melakukan sesuatu diluar skop kerja yang akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa," katanya. #PDO


Demikianlah Artikel PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !

Sekianlah artikel PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/peka-perkenalkan-program-kebajikan-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PEKA Perkenalkan Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran !"

Catat Ulasan

Loading...