Loading...

PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah

Loading...
PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah
link : PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah

Baca juga


PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah


KUALA LUMPUR: Hilang arah. Itulah nasib malang yang sering dihadapi oleh pekerja warga asing yang ditimpa musibah atau menjadi mangsa penipuan majikan setelah dijanjikan dengan pelbagai peluang pekerjaan di negara ini.

Menyedari akan masalah itu, Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) menyediakan satu program ‘talian hayat’ dengan mengambil beberapa pendekatan untuk membantu menangani masalah dan isu melibatkan warga asing di negara ini.

Presiden PEKA, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata sebagai langkah awal untuk menjaga kepentingan pekerja warga asing, PEKA mewujudkan sebuah Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran.

“Ia memudahkan pihak kerajaan untuk merangka satu kaedah khusus penyelesaian isu yang melibatkan proses bantuan kebajikan atau perundangan membabitkan pekerja warga asing.

“PEKA memainkan peranan kemanusiaan dalam memberikan perkhidmatan biro guaman serta pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke negara asal mereka yang terpinggir ekoran menjadi mangsa penipuan ejen dan sindiket pemerdagangan manusia,” katanya kepada pemberita.


Beliau berkata konsep pelaksanaan gerak kerja bantuan kemanusiaan PEKA terbahagi kepada tiga fasa iaitu bancian, pendaftaran peserta serta pemantauan. Secara tidak langsung maklumat yang ada mudah untuk menjejaki mereka.

"Hidup sesama insan, kita perlu bantu. PEKA bantu atas dasar kemanusiaan bukan kerana agama dan bangsa.

Zuhairi berkata secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan sangat baik yang menekankan pendekatan psikologi sebagai alternatif kepada kawalan penguatkuasaan dalam menangani krisis migrasi haram atau pendatang asing tanpa izin.

"Setakat ini, lebih 12,000 warga asing kebanyakannya dari Indonesia dan Bangladesh mendaftar di bawah Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran yang dianjurkan oleh PEKA,” katanya.

Sejak dilancarkan pada 12 Januari 2017, antara pekerja asing lain yang turut mendaftar adalah dari Filipina, beberapa negara dari Afrika, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Zuhairi berkata usaha itu tidak akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan, sebaliknya lebih bersifat kerjasama antara agensi berkaitan dalam bentuk perkongsian kepakaran dan tanggungjawab antara kedua-dua belah pihak. #PDO


Demikianlah Artikel PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah

Sekianlah artikel PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/peka-sedia-talian-hayat-untuk-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEKA Sedia 'Talian Hayat' Untuk Pekerja Asing Ditimpa Musibah"

Catat Ulasan

Loading...