Loading...

Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil

Loading...
Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil
link : Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil

Baca juga


Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil


KUANTAN: Penyokong Lynas Malaysia membanjiri Arena Petanque di Pantai Balok, Kuantan, Sabtu lalu untuk menunjukkan sokongan terhadap syarikat itu susulan langkah kerajaan menyemak semula kilang nadir bumi itu yang mencetuskan kebimbangan ia mungkin ditutup.

Mereka yang hadir terdiri daripada pekerja, kontraktor dan penduduk setempat menggesa Putrajaya mempertimbangkan keadaan mereka kerana pekerjaan mereka akan terjejas jika Jawatankuasa Eksekutif Semakan Semula Lynas bertindak mengikut permintaan “ahli politik tertentu” untuk menutup kilang itu.

Perhimpunan anjuran pekerja Lynas Malaysia itu menyaksikan mereka yang hadir melaungkan slogan “Hidup Lynas” dan merayu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu mereka.

Pengurus Kanan Pengekstrakan Pelarut Lynas Malaysia, Khairul Suhaimi, 41, berkata perhimpunan itu perlu diadakan kerana beliau percaya syarikat itu dan pekerjanya “dibuli”.



“Saya menggesa orang yang melakukan semak semula itu bertindak secara adil dan telus. Kami tiada masalah dengan semak semula ke atas operasi Lynas Malaysia kerana kami mematuhi peraturan, tetapi kami hanya mahu ia adil,” katanya ketika menghadiri perhimpunan itu kelmarin.

Pengurus Kanan Pengekstrakan Pelarut Lynas Malaysia, Khairul Suhaimi percaya syarikat dan pekerjanya ‘dibuli’.
Khairul yang bekerja untuk Lynas sejak ia mula beroperasi berkata, kilang itu tidak bahaya atau membahayakan penduduk di Kuantan.

Mohd Fairuz Kasmoin yang merupakan akauntan syarikat itu berkata, kerajaan perlu memberi layanan adil kepada Lynas seperti syarikat atau kilang lain.

“Saya mengundi Pakatan Harapan, tetapi ia kini kembali mengenakan saya. Saya kecewa,” kata lelaki berusia 32 tahun itu.

Minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang lantang mengkritik Lynas berjanji semak semula “terbuka dan telus” ke atas kilang Lynas di Gebeng.

“Jawatankuasa semak semula itu akan memastikan dasar kerajaan sekarang ke atas pembangunan lestari dipatuhi,” kata ahli Parlimen Kuantan itu yang mengetuai jawatankuasa semak semula ke atas kilang itu.

Lynas Malaysia sebelum ini meminta sebarang semakan semula dijalankan secara adil dan telus. #sumber


Demikianlah Artikel Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil

Sekianlah artikel Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/pekerja-kontraktor-lynas-berhimpun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pekerja, Kontraktor Lynas Berhimpun Tuntut Semak Secara Adil"

Catat Ulasan

Loading...