Loading...
Judul : Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS
link : Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS
Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS
PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut selepas ambulans yang dipandunya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Kilometer 194.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, Nuril Anwar Rosdi, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, hasil siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan itu sebelum ia terbabas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang yang berusia 21 tahun cedera di bahagian kaki kiri dan luka di kening kirinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Menurut Ahmad Adnan, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan penumpang ambulans pula kini dirawat di Hospital Taiping.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS
Sekianlah artikel Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/pemandu-maut-selepas-ambulans-di-pandu.html

0 Response to "Pemandu Maut selepas Ambulans Di Pandu Terbabas Di PLUS"
Catat Ulasan