Loading...

Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini

Loading...
Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini
link : Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini

Baca juga


Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini


KUANTAN: Seramai 20,000 anggota PKR Pahang yang disahkan layak mengundi bagi memilih kepimpinan peringkat pusat dan cabang akan melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini.
Ketua Koordinator Negeri R Nadarajan berkata pemilihan melibatkan 14 cabang iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, Rompin, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Bentong, Kuala Krau, Maran dan Cameron Highlands.
Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Cameron Highlands dan Kuala Krau menyaksikan calon ketua cabang menang tanpa bertanding.
“Pemilihan akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang menggunakan sistem undian digital, e-voting.
“Kita menjangka keputusan dapat dikeluarkan secara rasmi dalam tempoh selewat-lewatnya 2 jam selepas tamat tempoh mengundi,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Nadarajan menambah antara ‘kawasan panas’ pada pemilihan kali ini ialah Paya Besar, Temerloh dan Jerantut ekoran jumlah pengundi yang ramai.
Bera juga dilihat sebagai kawasan panas memandangkan salah seorang calon ketua cabangnya terpalit dengan dakwaan salah guna kuasa sebagai setiausaha politik kepada menteri, baru-baru ini.
“Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini khususnya bagi menjamin keselamatan pengundi, kita telah meminta bantuan polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk ditempatkan di lokasi pemilihan,” katanya.
Nadarajan menambah calon yang bertanding juga menyatakan komitmen untuk menunjukkan amalan politik matang, disiplin tinggi dan bertanding secara sihat demi kesejahteraan parti. #sumber


Demikianlah Artikel Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini

Sekianlah artikel Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/pemilihan-2018-20000-anggota-pkr-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemilihan 2018, 20,000 Anggota PKR Pahang Mengundi Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...