Loading...
Judul : Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis
link : Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis
Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis
KUANTAN - Seorang penghantar ikan patin mengaku bersalah atas kesalahan menghina dua anggota polis yang maut dalam kemalangan menerusi ruangan komen di laman sosial Facebook di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Hannan Ibrahim, 27, dari Kampung Parit Tengah, Pekan membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih bujang, dengan niat meninggalkan komen menghina dua anggota polis yang maut dalam kemalangan jalan raya dalam kumpulan Komuniti Kuantan di laman sosial Facebook bertujuan bagi menyakitkan hati sesetengah pihak.
Tindakan tersebut dilakukan menggunakan sebuah telefon pintar jenis Samsung J2 Prime di persimpangan Jalan Wong Ah Jang di sini, Selasa lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Fatinah Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh tangkap. #sumber
Demikianlah Artikel Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis
Sekianlah artikel Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/penghantar-ikan-mengaku-salah-terhadap.html
0 Response to "Penghantar Ikan Mengaku Salah Terhadap Dakwaan Hina Polis"
Catat Ulasan