Loading...

Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !

Loading...
Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !
link : Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !

Baca juga


Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !


KUALA LUMPUR: Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman akan mengambil keterangan isteri bekas Perdana Nenteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Jumaat ini.

Beliau dijangka hadir jam 10 pagi, di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini.

Turut hadir bagi memberi keterangan adalah dua anak Rosmah iaitu Norashman dan Riza Aziz.

"Rosmah sepatutnya memberi keterangan esok berhubung siasatan rampasan barangan kemas dan kes 1MDB, tapi terpaksa ditunda ke hari Jumaat atas sebab-sebab tertentu.

"Turut hadir beri keterangan adalah Norashman dan Riza," kata sumber.

Awalnya, Rosmah dijadualkan untuk hadir memberi keterangan esok, namun terpaksa ditunda pada hari Jumaat.

Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan bahawa nilai keseluruhan rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Enam premis yang diserbu adalah Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana, tiga buah kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta.

Kandungan di dalam 75 beg itu berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.

Pada 26 September lalu, Rosmah hadir kali kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai memberi keterangan hampir 13 jam.

Manakala pada 4 Oktober lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan memanggil isteri Rosmah bagi merakamkan percakapan berhubung siasatan pelbagai kes termasuk siasatan terhadap syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB. #sumber


Demikianlah Artikel Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !

Sekianlah artikel Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/pengubahan-wang-haram-rosmah-di-soal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengubahan Wang Haram, Rosmah Di Soal Siasat Jumaat Ini !"

Catat Ulasan

Loading...