Loading...
Judul : Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri !
link : Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri !
Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri !
KUALA LUMPUR- Bekas pengurus kepada Zamani, Johan Aziz, memberitahu bahawa penyanyi itu wajar menarik diri daripada program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5), selepas dibelenggu masalah kesihatan yang teruk.
Zamani yang tidak dapat meneruskan nyanyian lagu dendangan Flybaits bertajuk Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta sewaktu persembahan di minggu ke lima GV5 pada malam Ahad lalu sepatutnya tersingkir namun diselamatkan oleh imuniti daripada penaja utama rancangan, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Saya tidak rasa keadaan kesihatan Zamani boleh pulih hanya dalam masa seminggu kerana keadaan peti suaranya yang koyak itu agak serius.
“Saya bimbang jika dia teruskan juga menyanyi di minggu keenam, peti suaranya akan mengalami kerosakan lebih teruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Sementara itu, Aliff pula memberitahu dia memilih untuk memberikan imuniti tersebut kepada pelantun Gerimis Mengundang itu kerana berasakan tidak adil untuk menghalau orang sakit daripada pertandingan.
“Semoga imuniti bernilai ratusan ribu ringgit yang saya gunakan ke atasnya berbaloi,”, ujarnya lagi.
Minggu kelima GV5 menyaksikan kesembilan peserta yang ada iaitu Dia Fadila,Mya Ruslee,Noryn Aziz, Farawahida,Forteen,Billy Zulkarnain,Zamani, Amelina dan Hetty Sarlene layak ke minggu keenam iaitu peringkat suku akhir. #sumber
Demikianlah Artikel Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri !
Sekianlah artikel Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/peti-suara-koyak-bekas-pengurus-mahu.html
0 Response to "Peti Suara "Koyak", Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri !"
Catat Ulasan