Loading...

Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !

Loading...
Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !
link : Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !

Baca juga


Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !


ISKANDAR PUTERI - Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata pihaknya akan memanggil ahli politik terbabit untuk memberi keterangan sekiranya perlu berhubung laporan polis yang dibuat pembantu peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berkenaan dan siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa.

"Laporan (itu) dibuat di (IPD) Sentul oleh pembantu beliau (Najib) terhadap tokoh tokoh politik tertentu berkaitan dakwaan yang dibuat (oleh ahli politik berkenaan). 

"Jadi kita akan siasat dan ambil tindakan sewajarnya, ini proses yang biasa," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puteri Harbour Marina, di sini, hari ini.

Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis pembantu Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Komisioner Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Mohd, Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Asri Yusoff dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Mohd Kader Mohd.

Bekas Perdana Menteri  itu dalam status Facebook rasmi beliau Khamis lepas (11 Oktober) telah mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan bahawa beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu.

Ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kenyataan beliau bahawa ada sabotaj dalam kerajaan berhubung ahli perniagaan Jho Low, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak tahu wujudnya sabotaj berkenaan.

"Saya pun tidak pasti siapa yang sabotaj...setahu saya pihak PDRM tidak  terlibat dalam hal ini.

"Kami pun sedang mengesan dia (Jho Low) dan bapanya termasuk meminta bantuan daripada Interpol banyak kali walaupun terdapat masalah teknikal pada peringkat awal," katanya.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya juga berhubung terus dengan pihak Interpol untuk membantu mengesan dua beranak itu.#sumber


Demikianlah Artikel Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !

Sekianlah artikel Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/polis-mulakan-siasatan-kes-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Mulakan Siasatan Kes Laporan Pembantu Peribadi Najib !"

Catat Ulasan

Loading...