Loading...
Judul : Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik !
link : Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik !
Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik !
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menimbangkan untuk mewujudkan polisi khas bagi memastikan kerajaan negeri menyerahkan kepada kementerian senarai penduduk yang benar-benar layak memiliki rumah mampu milik.
Timbalan Menterinya Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, ini penting agar pemilikan rumah mampu milik tidak berterusan diseleweng oleh mana-mana pihak.
"Walaupun kementerian ada kuasa membina rumah, tapi senarai siapa yang berhak memiliki rumah mampu milik ada pada pihak majlis tempatan atau majlis daerah dan mereka ini enggan berkongsi data itu.
"Ini kerana masing-masing menggunakan senarai itu demi kepentingan sendiri termasuk memberikan rumah mampu milik ini berdasarkan 'political connection' dan bukannya atas dasar kelayakan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan simposium The Housing +Urbanity di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia ( PAM) Ezumi Harzani Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Norzakiah Arshad.
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata mengikut rekod yang diperolehi KPKT, memang wujud individu yang memiliki rumah mampu milik sehingga tiga atau empat buah atas nama sendiri atau nama berlainan.
"Kita tidak akan benarkan perkara ini terjadi lagi. Untuk itu, kita akan lihat mekanisme yang terbaik termasuk mewujudkan polisi khas bagi memperoleh data yang telus dan terbuka," katanya.
Jelasnya, buat masa ini kementerian memberi keutamaan kepada mereka yang secara sukarela memberi data untuk jalankan projek perumahan mampu milik.
Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin Shah menjelaskan perbincangan dengan pihak bank berkenaan kelonggaran pemberian pinjaman bagi membeli rumah masih berjalan.
"Sudah ada beberapa petanda positif termasuk beberapa bank sudah bersetuju untuk memasukkan pekerjaan kedua peminjam sebagai syarat bagi memudahkan pinjaman.
" Kita harap, lebih banyak bank akan mempertimbangkan perkara yang sama memandangkan ramai pemohon terutama golongan B40 mempunyai dua pekerjaan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik !
Sekianlah artikel Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/polisi-khas-akan-pastikan-kelayakan.html
0 Response to "Polisi Khas Akan Pastikan Kelayakan Beli Rumah Mampu Milik !"
Catat Ulasan