Loading...
Judul : Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang !
link : Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang !
Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang !
KUANTAN - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendahului penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR ketika ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi pemilihan peringkat 14 cabang di Pahang yang diadakan hari ini.
Bagi pemilihan peringkat Cabang PKR Kuantan setakat pukul 8 malam tadi, Rafizi mendapat 196 undi berbanding hanya 36 undi diperoleh Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Rafizi menerusi laman sosial Twitter dan Facebook memaklumkan, beliau menewaskan Mohamed Azmin di Cabang Indera Mahkota, Paya Besar, Rompin, Maran, Jerantut, Cameron Highlands dan Bera.
Menurut Rafizi, beliau memperoleh 2,383 undi berbanding Mohamed Azmin yang mendapat 2,298 undi dengan kelebihan 85 undi bagi pemilihan di seluruh Pahang.
"Keputusan yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan saya mendapat 2,383 undi berbanding Azmin (2,298).
"Saya menang di 8 cabang dengan kelebihan 85 undi di seluruh negeri Pahang," kata beliau. #sumber
Demikianlah Artikel Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang !
Sekianlah artikel Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/rafizi-mendahului-azmin-di-14-cabang.html
0 Response to "Rafizi Mendahului Azmin Di 14 Cabang PKR Di Negeri Pahang !"
Catat Ulasan