Loading...
Judul : Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding
link : Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding
Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding
KUANTAN -- Anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah melihat kegagalannya mendapat undian besar daripada cabang Indera Mahkota pada pemilihan PKR Pahang semalam, sebagai adat bertanding.
Malah, Saifuddin yang bertanding bagi merebut kedudukan di Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menambah beliau bersyukur kerana masih mendapat undian pada pemilihan yang telah berlangsung di lima negeri, yang membolehkan beliau kini berada di kedudukan ketiga daripada 88 calon.
"Ini adalah keputusan anggota parti... nampak gayanya pemilihan kali ini mereka memilih mengikut chai (senarai calon dalam pasukan yang terbahagi kepada Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden).
"Pada pemilihan ini, ada ketua cabang di Pahang yang menang tanpa bertanding dan ada calon yang merupakan nama besar namun kalah... ada calon yang bukan nama besar, namun menang kerana kuat di peringkat akar umbi.
"Ini adat bertanding. Asalkan kita mengundi dengan semangat demokrasi dan tidak ada menimbulkan pergaduhan semuanya tiada masalah," katanya selepas merasmikan Seminar Mahkota Bahasa Melayu anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang di Kompleks Dagangan Mahkota di sini, hari ini.
Seminar yang melibatkan 550 pelajar tingkatan lima itu turut dihadiri Pengerusi MCPF negeri Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang Datuk Abdul Aziz Salleh.
Pada pemilihan PKR Pahang, Saifuddin yang juga Menteri Luar sekadar mendapat 113 undi daripada cabang Indera Mahkota dan berada di kedudukan 21 daripada 88 calon yang bertanding.
Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Saifuddin yang merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata mereka akan melipatgandakan kempen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu akhir kempen bermula esok.
"Kita mahu pastikan kemenangan besar untuk Anwar. Kita yakin beliau akan menang namun kita tidak mahu angkuh dan akan terus menjalankan kempen secara sederhana, mesra rakyat dan berhemah," katanya.
Saifuddin menambah kehadiran pemimpin HARAPAN di Port Dickson termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangkakan esok, akan menyuntik semangat jentera parti di situ.
PRK Port Dickson pada 13 Okt ini diadakan ekoran penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk kembali ke Dewan Rakyat.
Anwar kini berhadapan pertandingan tujuh penjuru daripada calon PAS Leftenen Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. #sumber
Demikianlah Artikel Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding
Sekianlah artikel Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/saifuddin-gagal-raih-sokongan-indera.html
0 Response to "Saifuddin: Gagal Raih Sokongan Indera Mahkota Adat Bertanding"
Catat Ulasan