Loading...
Judul : Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018
link : Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018
Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018
Dibanjiri penyokong dari kedua-dua pasukan yang memenuhi segenap ruang dalam stadium berkenaan, penjaga gol Perak Muhammad Hafizul Hakim Jothy muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti sekali gus membawa Perak merangkul kejuaraan buat kali kelapan.
TFC dan Perak kembali bertembung dalam aksi final Piala Malaysia selepas 17 tahun, sekali gus mengimbau kembali pertemuan klasik mereka sebelum ini pada aksi final 1998 dan 2001.
Terengganu FC melangkah ke final selepas melakar kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta'zim pada aksi separuh akhir manakala Perak mara ke final Piala Malaysia setelah mencatat kemenangan dengan agregat 7-2 ke atas Sabah.
Untuk rekod, Perak muncul juara Piala Malaysia 1998 selepas mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga masa sebenar perlawanan tamat.
Terengganu FC (dikenali sebagai Terengganu pada 2001) pula muncul juara Piala Malaysia 2001 selepas menumpaskan Perak 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
TFC menerusi penyerang berbisa mereka, Kipre Tchetche terlebih dahulu menceriakan penyokong skuad Penyu apabila bijak menyudahkan peluang terhidang seawal 48 saat selepas wisel pertama dibunyikan pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman, hasil kesilapan pertahanan Perak, Mohamad Idris Ahmad yang cuai ketika melakukan hantaran ke belakang.
Perlawanan akhir berkenaan berlangsung dalam keadaan sangat agresif di tambah pula dengan keputusan pengadil yang banyak memberi ‘kelebihan’, ia membuka deretan peluang bagi kedua-dua pasukan memburu jaringan.
Di hujung babak pertama, kesilapan barisan pertahanan Perak yang gopoh mengeluarkan bola memakan diri apabila pemain tengah TFC, Abdul Malik Mat Arif berjaya memintas dan melakukan umpanan kepada Kipre yang cemerlang menyempurnakan jaringan kedua TFC untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan kebangkitan barisan anak buah Mehmet Durakovic yang tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-46.
Selepas jaringan itu, perlawanan disaksikan 78,783 penonton itu menjadi lebih tegang dengan beberapa insiden terjahan keras dan pergaduhan kecil serta dicemari dengan dua layangan kad merah, masing-masing kepada penyerang Perak Gilmar da Silva (minit ke-58) dan pemain tengah TFC, Lee Andrew Tuck (minit ke-66).
Ketika penyokong dari Pantai Timur itu sedang melonjak gembira untuk meraikan kemenangan, hasil usaha keras dan semangat juang tinggi dipamerkan skuad The Bos Gaurus, mereka berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada masa kecederaan di separuh masa kedua menerusi rembatan padu Brendan Gan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Pada aksi masa tambahan itu, TFC berjaya menyumbat gol menerusi Mohd Faiz pada minit ke-96 namun jaringan sendiri pemain Terengganu, Igor Zonjic pada minit terakhir permainan memaksa juara ditentukan melalui sepakan penalti.
Badi final Piala Malaysia 1998 masih menghantui TFC apabila mereka gagal menyaingi kehebatan Perak yang menyaksikan anak buah Irfan Bakti terpaksa berputih mata setelah tumpas 1-4, sekali gus mengulangi skrip sama 20 tahun lepas, dengan kekalahan 3-5 dalam penentuan sepakan penalti. #sumber
Demikianlah Artikel Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018
Sekianlah artikel Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/skuad-seladang-perak-muncul-juara-piala.html


0 Response to "Skuad 'Seladang' Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018"
Catat Ulasan