Loading...
Judul : Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata
link : Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata
Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata
Ini soal nyawa. Sampai bila nak pejam mata biarkan ini berterusan?
Sedih saya baca kejadian tanah runtuh baru-baru ini di Pulau Pinang. Takziah kepada keluarga mereka yang telah terkorban.
Saya teringat semasa lawatan ke Pulau Pinang ketika kempen PRU lepas, ramai yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.
Ini kerana banjir semakin kerap berlaku, malah ada kawasan yang tak disangka-sangka berlaku banjir saperti di Balik Pulau.
Ketidakpedulian Kerajaan DAP terhadap isu alam sekitar menyebabkan banyak kawasan tadahan hujan dan bukit bukau telah dimajukan.
Di antara 2008 hingga 2017, lebih 30 projek “hillslope” telah diluluskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, walaupun kebanyakan pembangunan itu telah ditentang oleh NGO-NGO alam sekitar.
Pulau Pinang telah mengalami banjir lebih 100 kali di antara 2013 dan 2017, yang paling teruk lewat tahun lepas di mana saya sendiri turun melawat mangsa banjir dan kerosakkan yang berlaku.
Oleh sebab itulah, dalam TN50 yang dirangkakan dahulu, bagi Pulau Pinang, antara perkara yang diberi perhatian adalah supaya keadaan alam sekitar negeri dipelihara lebih baik dan sempurna.
Sekarang DAP adalah sebahagian dari Kerajaan Pusat yang baru, saya harap inisiatif untuk menjaga alam sekitar ini akan terus dititikberatkan. Kita tidak mahu kejadian yang mengorbankan jiwa dan memusnahkan harta benda awam seperti ini berlaku lagi.
FB Najib Razak
Demikianlah Artikel Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata
Sekianlah artikel Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/tanah-runtuh-di-pulau-pinang-sampai.html
0 Response to "Tanah runtuh di Pulau Pinang : Sampai bila nak pejam mata"
Catat Ulasan