Loading...
Judul : Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT"
link : Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT"
Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT"
Bukan rahsia, zikir hutang Negara 1 trillion bermain sentiasa di bibir pemimpin PH dan penyokongnya sejak mereka menang PRU lepas. Atas alasan hutang itu, pelbagai projek dibatal dan bantuan yang ada sebelum ini ditiadakan.
Nak dijadikan kisah, semalam, 18.10.2018, Tun M bentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen. Aku tak sempat ikuti secara langung jadi malam tadi cari teks ucapan beliau untuk faham apa yang PH cuba buat dalam baki RMK11 ni.
Aku jumpa dokumen ni kat Laman Web Parlimen.
https://ift.tt/2PeBjS2
Ini kira dokumen rasmi kerajaan bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang Menterinya Azmin Ali.
Belek punya belek sekali aku terjumpa Jadual dan Carta yang bersumberkan dari Kementerian Kewangan. Menterinya Lim Guan Eng.
Tajuk Jadual dan Carta ni, KEDUDUKAN FISKAL DAN HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN , 2010-2017.
Punya la aku cari dalam carta tu tahun bila yang hutang Negara kita ni sampai 1 Trillion. Rupanya TAK DAK!
Antara 2010 sampai 2017, hutang Negara paling tinggi yang dicatatkan ialah pada 2017 iaitu sebanyak 686 Billion. Itu pun nisbahnya hanya 50.8% dari KDNK. Undang-undang kita benarkan sampai 55%. Maknanya realiti hutan Negara ni masih dalam kawalan pun. Angka ni sama la apa yang Kerajaan dulu bagitau.
Aku belek lagi dokumen rasmi ni sampai habih. Tak jumpa jugak hutang Negara 1 Trilion dalam tu. Hilang pi mana? Ni dokumen rasmi kerajaan ni. Takkan takda?
Yang aku jumpa sebaliknya angka-angka dan statistik yang menunjukkan pertumbuhan mampan Negara kita dari tahun 2010 - 2017. Ini bukan aku kata tapi ayat-ayat dalam dokumen ni yang kata. Hempa boleh baca.
Last-last, aku simpulkan bahawa kisah hutang Negara ni bertepatan dengan maksud pantun kegemaran seorang penyarah UIA dulu. Katanya pensyarah tu pun harini dah jadi Menteri. Pantunnya lagu ni,
"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi ....."
Lepaih ni kalau ada lagi dok zikir hutang Negara 1 Trilion, kita bagi pantun ni la kat depa.
Demikianlah Artikel Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT"
Sekianlah artikel Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT" dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/zikir-hutang-rm1-trilion-rupanya-ajaran.html
0 Response to "Zikir Hutang RM1 trilion rupanya "AJARAN SESAT""
Catat Ulasan