Loading...
Judul : 30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital
link : 30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital
30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital
KAJANG - Seramai 30 daripada kira-kira 300 mangsa warga tempatan membuat laporan polis berhubung satu pelaburan melibatkan mata wang digital (‘bitcoin’) yang dianggar membabitkan kerugian mencecah RM22 juta.
Seorang daripada mereka, Mohd Alif Basari, 27, mendakwa beliau melabur lebih RM60,000 sejak menyertainya pada April 2016 namun hanya mendapat pulangan kurang daripada RM2,000.
Bekas jururawat hospital swasta itu berkata beliau menyertai pelaburan ‘bitcoin’ itu selepas hadir ke satu taklimat di sebuah hotel di ibu negara mengenai pelaburan berkenaan yang dianjurkan seorang penerbit filem tempatan.
“Setiap bulan, kami dijanjikan akan mendapat dividen berdasarkan pembelian satu ‘bitcoin’ berharga RM1,800. Pada bulan pertama, saya mendapat pulangan kira-kira RM500 hingga RM600 yang dikeluarkan dalam bentuk wang tunai.
“Melihat kepada pulangan itu, saya mula melabur dengan membeli enam hingga 20 lagi bitcoin hingga Julai 2016. Namun selepas itu, sistem pelaburan itu mula goyang apabila proses pengeluaran dividen dalam bentuk wang tunai selalu tergendala menyebabkan saya curiga terhadap pelaburan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.
Beliau adalah salah seorang daripada 30 mangsa yang membuat laporan polis dan meminta agar siasatan dijalankan ke atas sebuah syarikat pelaburan agar orang lain tidak lagi menjadi mangsa.#sumber
Demikianlah Artikel 30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital
Sekianlah artikel 30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/30-lapor-polis-dakwa-jadi-mangsa.html
0 Response to "30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital"
Catat Ulasan