Loading...
Judul : Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11
link : Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11
Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11
KUALA LUMPUR - Alibaba Group dapat memanfaatkan teknologi inovatifnya dalam pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan Objek Rangkaian Internet (IoT) pada Festival Beli-belah Global 11.11, yang merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) melebihi AS$30 bilion (RM125.7 bilion).
Dalam kenyataan hari ini, entiti utama e-dagang itu berkata, festival tersebut merupakan projek besar yang memerlukan infrastruktur teknologi maklumat yang kukuh, pintar dan tidak pernah wujud sebelum ini, bagi memastikan semua termasuk semakan, pesanan, pembayaran dan logistik berjalan lancar dan selamat.
Alibaba Group berkongsi perangkaan yang menunjukkan kekukuhan skala dan infrastruktur teknologi yang menyokong festival tersebut termasuk DC Brain, dengan lebih 200 Pusat Data Internet global yang menguruskan 98 peratus pertanyaan pelanggan dalam sembilan bahasa berbeza iaitu Cina, Inggeris, Rusia, Sepanyol, Portugis, Thai, Vietnam, Melayu dan Indonesia.
"Selain itu, Alibaba menggunakan perkakasan terjemahan AI yang menyokong penterjemahan teks kepada 21 bahasa bagi memudahkan dialog di antara pembeli dan penjual semasa festival itu," katanya.
Alibaba Group berkata, pusat data Alibaba Cloud di Zhangbei, satu daripada pusat data hijau terbesar di China, secara rasminya beroperasi untuk menyokong festival itu buat kali pertama. #sumber
Demikianlah Artikel Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11
Sekianlah artikel Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/alibaba-catat-nilai-dagangan-kasar.html
0 Response to "Alibaba Catat Nilai Dagangan Kasar RM125.7 Bilion Pada 11.11"
Catat Ulasan