Loading...

Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh

Loading...
Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh
link : Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh

Baca juga


Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh


KUALA LUMPUR - Sebanyak empat laporan polis termasuk berkaitan ugutan bunuh telah dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik semua oleh allahyarham Nazrin dan ketika ini pihaknya masih menunggu arahan daripada pejabat timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Sebanyak empat laporan polis telah dibuat dan kesemua laporan itu telah kami siasat namun arwah telah menarik balik laporan-laporan tersebut.

"Kertas siasatan telah dikemukakan pada pihak Timbalan Pendakwa Raya namun kami tidak mendapat sebarang arahan jadi kita akan tunggu," katanya dalam satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Upacara Perbarisan dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus Asas Kadet Inspektor dan Kadet Sarjan Siri 1/2018 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dekat sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis sudah menyiasat dakwaan ugutan bunuh yang diterima Nazrin dan hasil siasatan yang dijalankan mendapati ancaman dalam bentuk panggilan telefon itu dilakukan oleh saudara terdekatnya.

Bagaimanapun, perkara melibatkan ugutan itu tidak termasuk dalam siasatan berhubung kes bunuh allahyarham.

Mengulas lanjut mengenai laporan bedah siasat kedua ke atas Nazrin, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu hasil laporan berkenaan yang sedang disiapkan oleh pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas proses bedah siasat kedua dibuat pada 8 Oktober lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan mangsa. #sumber


Demikianlah Artikel Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh

Sekianlah artikel Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/allahyarham-nazrin-buat-empat-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Allahyarham Nazrin Buat Empat Laporan Polis Isu Ugutan Bunuh"

Catat Ulasan

Loading...