Loading...
Judul : Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor
link : Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor
Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor
SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan beliau tidak pernah mengisytiharkan kemenangannya sebagai orang nombor dua parti berkenaan sebaik selesai pemilihan parti baru-baru ini.
Beliau sebaliknya berkata, spekulasi itu timbul susulan salah lapor oleh media sebelum ini yang tidak tepat.
"Saya tidak pernah isytihar kemenangan sehingga pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkannya secara rasmi.
"Kalau lihat tweet saya di Twitter, saya sekadar ucap Alhamdulliah dan syukur, terima kasih kepada anggota parti yang berjaya meneruskan agenda reformasi.
"Di mana saya umum kemenangan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shari.
Mohamed Azmin berkata demikian bagi mengulas nasihat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau menghormati proses pemilihan parti PKR susulan mengumumkan kemenangannya menewaskan Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Beliau yang juga Menteri Hal ehwal Ekonomi menegaskan, dirinya telah memaafkan pihak yang membuat laporan berkenaan dan harap mereka lebih berhati-hati di masa hadapan.
"Saya tetap patuh peraturan parti dan menghormati JPP," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor
Sekianlah artikel Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/azmin-dakwa-beliau-tidak-pernah-umum.html
0 Response to "Azmin Dakwa Beliau Tidak Pernah Umum, Media Tersalah Lapor"
Catat Ulasan