Loading...
Judul : Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan
link : Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan
Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini berkata, di bawah program itu, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000, katanya.
Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.
"Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan
Sekianlah artikel Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/bantuan-sara-hidup-bersasar-lebih-baik.html
0 Response to "Bantuan Sara Hidup Bersasar, Lebih Baik Nakal Di Perkenalkan"
Catat Ulasan