Loading...

Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam

Loading...
Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam
link : Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam

Baca juga


Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam


KENYATAAN bahawa Kerajaan Persekutuan ingin meningkatkan syiar Islam dengan peningkatan peruntukan kepada RM1.2 bilion dalam Bajet 2019 boleh dipersoalkan banyak pihak. Kalau kerajaan serius, hasrat ini sepatutnya turut direalisasi dengan inisiatif menaiktaraf institusi Perundangan Syariah ke peringkat yang lebih tinggi. Namun kerajaan dilihat gagal berbuat demikian.

Mahkamah Syariah yang diamalkan di negara ini berada lebih rendah berbanding Mahkamah Sesyen dan Majistret, walhal ia adalah institusi tertinggi dalam menghakimi urusan umat Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Jadual Kesembilan, Senarai II - Senarai Negeri.

Maka, kerajaan digesa mengemukakan semula pindaan Akta 355 sebagai langkah meningkatkan syiar Islam sebagaimana yang dibentang Menteri Kewangan dalam Bajet 2019 tempoh hari.

Tambahan lagi, sewajarnya Kerajaan Persekutuan melakukan penelitian bagi menyelesaikan konflik pertembungan Mahkamah Syariah dan Sivil khususnya melibatkan Akta 164. Polemik panjang bagai tiada berkesudahan meskipun dengan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988.

Malah, penyelesaian terhadap konflik yang timbul tidak seharusnya berhenti dengan pindaan tersebut, bahkan sudah sampai masanya proses harmonisasi kedua-dua institusi mahkamah ini dibincang dan direalisasikan secara serius.

Penyelesaian "federalizing the shariah court" yang turut dikemukakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dalam pelbagai penulisan beliau boleh dijadikan sandaran utama dalam proses harmonisasi ini selain menilai sama ada ia memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan serta Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Sewajarnya hasrat meningkatkan syiar Islam tidak hanya retorik semata-mata. Saya mengharapkan agar aspek Perundangan Syariah turut diangkat dan ditambahbaik dalam negara ini. Sesungguhnya, hal ini adalah syiar yang utama bagi umat Islam. #sumber

"Islam Memimpin"

DATO' HJ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat 


Demikianlah Artikel Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam

Sekianlah artikel Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/bawa-pindaan-ruu355-bukti-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bawa Pindaan RUU355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam"

Catat Ulasan

Loading...