Loading...

Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan

Loading...
Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan
link : Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan

Baca juga


Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan


KUANTAN -  Bot nelayan tempatan disarankan memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) yang dapat membantu menjelaskan kedudukan sebenar mereka, jika berlaku kekeliruan berhubung perkara itu.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata alat itu amat berguna jika berlaku kejadian mereka ditangkap penguatkuasa negara jiran sedangkan masih berada dalam perairan negara. 

"AIS akan merekodkan setiap pergerakan bot... namun ada nelayan kita yang tidak membawa atau tidak memasang AIS semasa ke laut dan apabila ditangkap penguatkuasa negara jiran, tiada rekod mereka tidak melebihi sempadan negara," katanya. 

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program 3K (Kesegakan, Kecergasan & Kesihatan) Maritim Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, hari ini.

Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (Kesmar) itu disertai 350 orang peserta melibatkan 13 acara sukan seperti bola sepak, olahraga, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw.

Zulkifli menambah tindakan penguatkuasa negara jiran dalam menahan bot nelayan tempatan adalah sebagai langkah membanteras kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah. 

Pada perkembangan lain, Zulkifli mahu supaya semua kakitangan Maritim Malaysia memastikan berat badan mereka berada di tahap baik bagi memudahkan tugasan di lapangan.

"Kita tidak mahu mereka obes kerana ia akan menyukarkan pergerakan misalnya jika kapal yang diserbu itu mempunyai pintu yang kecil atau tangga yang agak curam dan berlaku situasi kecemasan yang memerlukan mereka untuk segera keluar. 

"Jika kita mempunyai kapal yang besar dan boleh belayar selama dua atau tiga minggu, anggota yang bertugas juga diharapkan tidak mudah sakit kerana kos untuk menghantar pulang mereka yang sakit adalah mahal," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan

Sekianlah artikel Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/bot-nelayan-di-saran-pasang-ais-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bot Nelayan Di Saran Pasang AIS Untuk Rekodkan Kedudukan"

Catat Ulasan

Loading...