Loading...

Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan

Loading...
Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan
link : Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan

Baca juga


Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan


KUALA LUMPUR - Dakwaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan adalah satu pembohongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata tanggapan tersebut adalah tidak betul dan hanya bertujuan mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan rakyat.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengesahan ICERD dengan pengecualian, tidak akan memberi sebarang kesan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam apa jua cara," katanya dalam klenyataan di sini hari ini.

Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad dilapor mengeluarkan dakwaan demikian dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu semalam.

Waytha Moorthy turut berkata kerajaan akan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas menyeluruh sebelum undang-undang antarabangsa ini disahkan.

"Kerajaan tidak tergesa-gesa mengesahkan ICERD kerana ingin mengumpul sebanyak mungkin maklum balas daripada kesemua pihak berkepentingan.

"Jika kita lihat, banyak negara Islam lain seperti Yemen, Indonesia dan Pakistan dan Kuwait telah mengesahkan ICERD, dan Malaysia pula ambil langkah mengesahkan ICERD dengan pengecualian," katanya.

Pada 24 Oktober lepas, Bernama turut melaporkan kenyataan Waytha Moorthy bahawa Malaysia komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Beliau menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). #sumber


Demikianlah Artikel Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan

Sekianlah artikel Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/dakwaan-icerd-hapus-hak-orang-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan ICERD Hapus Hak Orang Melayu Satu Pembohongan"

Catat Ulasan

Loading...