Loading...

Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

Loading...
Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands
link : Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

Baca juga


Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands


KUANTAN - Dua cadangan naik taraf laluan di Cameron Highland kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dikemukakan Kerajaan Pahang bagi menangani masalah  kesesakan lalu lintas di pusat pelancongan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan projek pertama ialah kerja naik taraf jalan berkembar dua lorong kepada tiga lorong di laluan Persekutuan Tapah - Cameron Highlands.

“Kertas cadangan naik taraf itu dihantar kepada JKR pada Julai lalu dan kita harap diluluskan segera. Cadangan kedua pula ialah menaik taraf jalan di laluan Tapah - Cameron Highlands dengan simpang-simpang jalan Langgak Mercu, Jalan Tengkolok, Jalan Persiaran Dayang Endah dan Jalan Masjid di Tanah Rata.

“Bagi cadangan projek kedua pula dikemukakan kepada JKR Pusat, negeri dan daerah Cameron Highlands pada Oktober lalu bagi membolehkan ia dipertimbangkan ke peringkat Pengurusan Nilai serta diberikan kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Cheong Yoke Kong (DAP-Tanah Rata) yang ingin mengetahui mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands setiap kali musim cuti umum dan cuti persekolahan.

Selain cadangan naik taraf laluan berkenaan, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan kakitangan Majlis Daerah Cameron Highlands bagi memastikan kelancaran aliran trafik di pekan berkenaan.

“Agensi terlibat akan menggerakkan pegawai dan anggota dari semua cawangan IPD Cameron Highlands dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kesalahan menghalang lalu lintas,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

Sekianlah artikel Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/dua-projek-naik-taraf-laluan-elak-sesak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands"

Catat Ulasan

Loading...