Loading...
Judul : JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma !
link : JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma !
JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma !
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha (foto) berkata pelbagai cara boleh dilaksanakan dalam mengisi dana dan tidak seharusnya terikat dengan program kerohanian semata-mata.
"Pihak masjid boleh menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menjana pendapatan masjid dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh anggota kariah mereka.
"Tidak dinafikan program bersifat kerohanian penting untuk menjadi asas pembangunan ummah tetapi faktor lain seperti muamalat dan ekonomi turut memainkan peranan penting," katanya.
Syed Ahmad Fuad berkata demikian pada Program Kemilau Masjid Gemilang Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Beliau menambah kepimpinan masjid juga perlu merangka polisi dan rancangan yang jelas bagi memastikan usaha meningkatkan ekonomi masjid mereka berjalan lancar.
Usaha untuk meningkatkan ekonomi ini juga, menurut Syed Ahmad Fuad perlu dilakukan secara seimbang dan berhati-hati.
"Kita tidak mahu pihak masjid terlalu bergantung kepada bantuan semata-mata tetapi dalam masa sama kita tidak mahu berlebih dalam mencari wang.
"Kita juga tidak mahu terlalu mengejar program menjana keuntungan sehingga mengabaikan aspek kebajikan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma !
Sekianlah artikel JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/jaip-masjid-di-gesa-tidak-hanya.html
0 Response to "JAIP: Masjid Di Gesa Tidak Hanya Bergantung Kepada Derma !"
Catat Ulasan