Loading...

"Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !

Loading...
"Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !
link : "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !

Baca juga


"Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !


KUALA LUMPUR - Jawatan lantikan dalam PKR hanya akan diputuskan setelah Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan semua kepimpinan negeri dan cabang parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sesi perjumpaan tersebut sudah bermula dan hasilnya akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik parti untuk diputuskan.

"Saya berbincang dengan Datuk Seri Anwar dan beliau memberitahu ia memerlukan masa sehingga selesai sesi pertemuan dan perbincangan beliau dengan semua kepimpinan negeri dan cabang.

“Pada ketika ini, beliau telah mengadakan sesi tersebut di Pulau Pinang, pandangan semua pihak ini (negeri dan cabang) perlu bagi memberi keseimbangan dan kestabilan dalam parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Saifuddin berkata mengikut perlembagaan parti, presiden diberi kuasa melantik dua naib presiden, lima anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), seorang setiausaha agung, seorang bendahari, seorang ketua penerangan dan 14 pengerusi negeri.

Pada Kongres Nasional PKR 18 November lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang diadakan selama tiga bulan melalui sistem e-undi bagi penggal 2018-2021.

Pada kongres sama, turut diumum empat naib presiden yang dipilih ahli PKR - Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Dr A. Xavier Jayakumar. Turut diumum senarai 20 MPP.

Sementara itu, mengulas mengenai calon PRK Dun Rantau, Saifuddin berkata perkara tersebut masih belum diputuskan.

"Ini kerana beberapa kepimpinan tertinggi tiada dalam negara. Datuk Seri Anwar di Turki dan Datuk Seri Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) di Qatar, maka ia masih belum dibincangkan lagi, lagipun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) belum umum sebarang tarikh, kita tunggu dulu," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !

Sekianlah artikel "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/jawatan-lantikan-pkr-selepas-bincang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Jawatan Lantikan PKR", Selepas Bincang Kepimpinan Negeri !"

Catat Ulasan

Loading...