Loading...

Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Loading...
Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga
link : Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Baca juga


Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Setapak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, kanak-kanak tersebut terjatuh ketika cuba mengambil mainan di tingkap di tingkat dua.

“Dia yang berada di laluan di tingkat tiga telah memanjat dinding untuk mengambil mainan itu tetapi terjatuh ke tingkat bawah.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azmi memberitahu, ayah mangsa memamklumkan bahawa anak perempuan bongsunya telah memaklumkan mangsa terjatuh ketika sedang bermain.

“Setiba di lokasi, ayahnya mendapati anaknya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kepalanya serta tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dibawa ke Unit Kecemasan HKL dan disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” ujarnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL untuk tujuan dibedah siasat.

“Pemeriksaan terhadap tubuhnya mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan adalah kerana jatuh dari kedudukan yang tinggi.

“Kes tersebut dikelaskan sebagai mati mengejut,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kanak-kanak-lelaki-maut-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak Lelaki Maut Gara-Gara Terjatuh Dari Tingkat Tiga"

Catat Ulasan

Loading...