Loading...
Judul : Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD
link : Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD
“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Media sebelum ini melaporkan isu ICERD itu mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat termasuk menteri, anggota Parlimen, badan bukan kerajaan dan orang ramai.
Ada yang mengadakan demonstrasi membantah hasrat kerajaan untuk meratifikasi konvensyen itu.
Kerajaan sebelum ini dilaporkan berkata sedang mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan mengenainya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah agak mustahil untuk kerajaan meratifikasi ICERD kerana kerajaan memerlukan majoriti dua per tiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya meratifikasi konvensyen itu.
Kerajaan Pakatan Harapan ketika ini tidak mempunyai majoriti dua per tiga di Parlimen, tambahan pula ada anggota Parlimen PH sendiri yang tidak bersetuju kerajaan meratifikasi konvensyen tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD
Sekianlah artikel Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kerajaan-pakatan-harapan-ph-tidak-akan.html
0 Response to "Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tidak Akan Meratifikasi ICERD"
Catat Ulasan