Loading...
Judul : Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250
link : Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250
Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250
Tertuduh, Mohd Hisham Mohd Kamaruddin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir bahagian pengkeranian dan operasi di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera pada 10 Februari 2017 dan 28 Mac 2017.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah terhadap hasil kutipan sewa Dewan Kompleks Rakan Muda Bera berjumlah RM800 pada 10 Februari 2017 yang sepatutnya dimasukkan ke Akaun Jabatan Akauntan Negara.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan jumlah RM1,450 pada 28 Mac 2017.
Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin dan tertuduh diwakili peguam, Syadzuwan Mohamad Taib.
Hakim menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes. #sumber
Demikianlah Artikel Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250
Sekianlah artikel Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kerani-pejabat-belia-sukan-didakwa.html
0 Response to "Kerani Pejabat Belia & Sukan Didakwa Pecah Amanah RM2,250"
Catat Ulasan