Loading...

Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah

Loading...
Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah
link : Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah

Baca juga


Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah


KAJANG: Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, 2 minggu lalu.

Hazmi Majid, 36, yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret, Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Dia didakwa membunuh dan menyebabkan kematian bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, 7 November lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes dan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Isteri tertuduh yang juga pengasuh Muazara Ulfa dilepaskan dengan bon dan akan menjadi saksi pendakwaan kes ini.

Tertuduh dijangka didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini minggu depan atas 2 pertuduhan menurut Seksyen 377CA kanun sama kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Muazara Ulfa yang meninggal dunia, selepas 2 hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhnya.

Ibu mangsa pada awalnya dimaklumkan pihak Hospital Serdang, mangsa dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas pasangan terbabit mendakwa mangsa tercekik epal.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya.

Hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan “impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala” dengan tempurung kepala mangsa pecah, selain kesan lebam di bahagian atas kiri dan kanan kepala mangsa.

Susulan itu, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes kematian menyayat hati bayi tersebut yang mendapat perhatian masyarakat seluruh negara. #sumber


Demikianlah Artikel Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah

Sekianlah artikel Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kes-rogol-bunuh-bayi-suami-pengasuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Rogol, Bunuh Bayi: Suami Pengasuh Mengaku Tak Bersalah"

Catat Ulasan

Loading...