Loading...
Judul : Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat
link : Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat
Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam.
"Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.
"Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini semalam.
Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan yang dikemukakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh).
Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tersebut, Mufti Terengganu, Datuk Zulkifli Muda turut dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu.
"Kerajaan negeri akan meminta nasihat dan panduan daripada Mufti Terengganu dalam semua aspek pelaksanaan termasuk berkaitan pakaian dan juga jenis-jenis sukan. #sumber
Demikianlah Artikel Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat
Sekianlah artikel Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kesemua-pemain-bola-sepak-terengganu.html
0 Response to "Kesemua Pemain Bola Sepak Terengganu Wajib Menutup Aurat"
Catat Ulasan